Have A Sneak Peek To My Shop! ^_^

Sunday, 22 July 2012

Pesta Ayor Di Bulan Ramadhan.. Ish2..!


Assalamualaikum &
Selamat Berbuka Puasa Semua!


Hah. berbuka lauk apa tadi? Aku ari ni berbuka ngan familiy in law kat umah FIL.. Hajat di hati nak meronda ke Bazaar Ramadhan pas asar tu.. Tapi tetiba perut tak berapa selesa plak.. So, aku with kakak ipar & biras stay umah jer siapkan apa yang patut.. Hanya incit2 laki jer yang gi.. Puan2 bini duk umah suda.. Haha! 

Alih2 incit2 laki wat balik air mak aiii, sikitlah punya banyak..! Macam2 jenis air yang dibeli.. Dah rupa pesta air pun hado... Ada air bandung, air milo 2 bungkus, air asam boi 2 bungkus, air cincau sebungkus, air soya sebungkus, cendol 3 bungkus.. Sudahnya konyang ngan ayor je berbuka tadi..

Tu belum masuk macam2 mak nenek kuih muih segala bagai.. Ish2, tu lah namanya nafsu mata.. Lapor mata.. Semua yang ditengok nak dibelinya.. Pastu makan tak abis.. Sabo jela haku.. Tu pun ada hati lagi Mr. Chenta nak ajak aku kuar lagi skali cari kuih apa yang aku nak makan.. Nasib aku tak berselera mana nak makan.. Tak jadi keluar.. Jimat duit.. Kalau tak, membazir jer hoii makan tak abess...

So, ni lah serba sedikit lauk pauk berbuka kitorang tadi.. Selamat menjamu mata.. Kekekekek..!! ^_~


Kurma ni biasalah kan, menu wajib bulan puasa.. =)

Lauk pauk air tangan my SIL & her husband.. 

Aku jadi co-chef jer ari ni.. Tolong2 kupas bawang, blend bawang, kacau2 kuah.. Buat2 sibuk kat dapour.. Kuikuikui.. Owh, donat tu tak termasuk ye.. Tu antara kuih muih tersesat masuk kat tempat lauk pauk plak.. Ahaks! ^_~

Antara kuih muih yang disambar oleh kaum2 adam yang meronda di Bazaar petang tadi.. 


Gambar pelbagai spesies & kaler air, tak mampu den nak snap.. Dah banyak bebenor.. Hahaha! Erm, aku update ni dah lewat malam sebenarnya.. Eh, lewat malam kebende, dah awal pagi.. Kul 1.30 pagi ko.. Al-maklumler, bertolak balik dari umah FIL pun dah kat kul 12.. Harap maaf ye terlewat meng'update'..

Selamat bersahur jap lagi ye sayang2ku! Tata! ^^,




WRITTEN BY : 

12 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Sedapnye!seb baik dh nk tido, :-) slmt bersahur yer...:-)

Misz Mieza said...

Eh, ada lagi yang tak tdo rupanya.. Hikhik! Selamat bersahur gak dear! ^_^

Eza Boom Boom :) said...

wawahhh, banyaknya juadahhh! sedap-sedap pulak tuu :) Alhamdulillah.. Rezeki..

Waalid5035 ™ said...

selamat pose..banyaknye makanan...huhu

Ikmal said...

Assalam, salam Ramdhan !!! menu sungkai nnti apa erk?

Misz Mieza said...

Haha! tu ler pasal.. Makannya takdela mana pun.. Banyak tengok je dari makan sudahnya.. Pembaziran.. Ish2..

Misz Mieza said...

Selamat.. Selamat.. Hehe.. Tu lauk pauk orang lapor mata.. Mata jer yang makan, takak akhirnya mengalah nak mengabiskan semua.. Sabo jelah teman nih..

Misz Mieza said...

Waalaikumussalam & salam Ramadhan juga! Menu sungkai ari ni taktau lagi.. Incit suami nak ajak gi Bazaar jugak2 tu.. Takyah la masak nampaknya.. Harap2 tak jadi cam semalam.. Membeli tak hengat.. Huhu..

Ardini Humaira said...

bestnye menu dia.. terliur dni taw :)

nur said...

Menariknya menu ramadhan tu..
selamat berpuasa..

Salam kenal MM

Misz Mieza said...

selamat berpuasa juga Nur! Salam ukhwah dari MM.. =)

Misz Mieza said...

Alahai, menu simple2 je tu kata my SIL.. Hehe,,

Misc (102) Me Vs My Life (94) Segmen (43) Wordless Wednesday (43) Tauladan (36) ChurpChurp (34) Sesi Promot Blog (33) All About Islam (24) Dunia Blog (23) Contest (21) Kesihatan (21) Tips (20) Makan Situ Sana Sini (19) Says.Com (18) GA (16) Quotes (16) EDay (14) Kecantikan (14) Music Vs Video (14) Rafhanah (14) Joke (13) Nuffnang (11) Artis (9) Campaign (9) Doa (9) Events (9) Masak2 (9) Amalan Harian (8) Berita (8) Product Review (8) Iklan (7) Kasut (7) My Pets (7) Informasi (6) Muhasabah Diri (6) Tutorial (6) Entertainment (5) Fakta (5) Gosip (5) Graphic Design (5) Interview (5) Kontroversi (5) Ramadhan (5) Segmen Update (5) Sukan (5) Tecnology Vs Communication (5) Aneh Vs Pelik (4) Charity (4) Fun (4) Keluarga (4) Petua Nenek (4) Raya (4) Beauty Products (3) Cinta (3) Earning (3) Eksklusif (3) Gadget (3) Kosmetik (3) Program (3) Shopping (3) Souvenir (3) Special Day (3) Zalora (3) 8Share (2) Blin (2) Cenderamata (2) Cerita Dongeng (2) Chika2 (2) Crocs (2) Fesyen (2) Friendship (2) GCAP (2) Kolagen Rumpai Laut Asli (2) Real Women Real Voices (2) Rumahtangga (2) Running Man (2) Tarawih (2) Variety Show (2) m (2) AKW (1) Aksesori (1) Birthday (1) Blogbuster Campaign (1) CPUV (1) Check (1) FB (1) Fashion (1) Filem Review (1) Freegift (1) GushAd (1) Highlanders (1) Jenaka (1) Keek (1) Kenangan (1) Maulidur Rasul (1) Memori (1) Motivation (1) My Clickers Group (1) Nature (1) New Year (1) PRU13 (1) Pemandangan Semulajadi (1) Penting (1) RIP (1) SEO (1) Sabahan Troll (1) Safety (1) Songs (1) Sophie Paris (1) Sponsor (1) Sweet Moment (1) Team Blogger Malaysia (1) Travel (1) Vote (1) World Blogger Awards 2012 (1) YouthTodays.Com (1) Zikir (1) Zizan (1) komik (1)
 
Elegant Rose